Pada Suatu Hari Rasulullah ﷺ Duduk Bersama SahabatNya & Bertanya Kepada Mereka. bermula Di Tanyakan Kepada Sayyidina Abu Bakar RA :
"Apa Yang Kamu Suka Dari Dunia Ini?"
Dan Berkatalah Sayyidina Abu Bakar RA.
"Aku Suka Dari Dunia Ini 3 Perkara :
1. Duduk-duduk BersamaMu Ya Rasulullah.
2. Melihat WajahMu Ya Rasulullah.
3. Aku Korbankan HartaKu UntukMu Ya Rasulullah".
Lalu Rasulullah ﷺ Bertanya Pada Sayyidina Umar RA. "Bagaimana Pula DenganMu Ya Umar?"
Jawab Sayyidina Umar RA "Ada 3 Perkara Juga Yang Aku Suka :
1. Membuat Kebaikan Walaupun Dalam Keadaan Manusia Tidak MengetahuiNya.
2. Mencegah Kemungkaran Walaupun Dalam Keadaan Terang-terangan.
3. Berkata Yang Benar Walaupun Pahit".
"Dan Bagaimana Pula DenganMu Wahai Utsman?"
Berkata Sayyidina Utsman RA. "Ada 3 Perkara Yang Aku Suka:
1. Memberi Makan.
2. Memberi Salam.
3. Sholat Malam Di Waktu Manusia Tidur".
"Bagaimana Pula Dengan Kamu Wahai Ali ?"
"Aku Juga Cinta 3 Perkara:
1. Memuliakan Tamu.
2. Berpuasa Di Musim Panas.
3. Dan Memukul Musuh Dengan Pedang".
Kemudian Rasulullah ﷺ Bertanya Pada Sayyidina Abu Dzar RA.
"Apa Yang Kamu Suka Di Dunia Ini?"
Berkata Sayyidina Abu Dzar RA
"Aku Suka 3 Perkara Di Dunia Ini :
1. Lapar.
2. Sakit.
3. Mati".
Kemudian Rasulullah ﷺ Bertanya, "Kenapa Wahai Abu Dzar?"
Berkata Sayyidina Abu Dzar RA.
"Aku Suka Lapar Kerana Untuk Membersihkan Hati.
Aku Suka Sakit Kerana Untuk Mengurangi DosaKu.
Aku Suka Mati Kerana Untuk Bertemu TuhanKu".
Kemudian Bersabdalah Rasulullah ﷺ : "Aku Cintakan Dari Dunia Ini 3 Perkara :
1. Wangi2an.
2. Wanita Yang Solehah.
3. Sholat Menjadi Penyejuk MataKu".
Kemudian Di Waktu Itu Turunlah Malaikat Jibril AS Memberi Salam Pada Rasulullah ﷺ & Para Sahabat.
Kemudian Malaikat Jibril Mengatakan : "Aku Suka Di Dunia Kamu Ini 3 Perkara" :
1. Menyampaikan Risalah.
2. Menunaikan Amanah.
3. Cinta Terhadap Orang Miskin".
Kemudian Malaikat Jibril Naik Ke Langit & Turun Sekali Lagi Ke Bumi & Berkata : "SesungguhNya Allah SWT Mengucapkan Salam Kepada Kamu Semua & Allah SWT Berkata SesungguhNya Allah Suka Pada Dunia Kamu Ini 3 Perkara :
1. Lidah Yang Sentiasa Berdzikir.
2. Hati Yang Sentiasa Khusyuk.
3. Jasad Yang Sabar Menanggung Ujian.
-
Semoga Kelak Kita Bersama Rasulullah ﷺ Dan Para SahabatNya Dan Mendapat Ridha Allah Serta SurgaNya Dengan Tanpa Hisab. Aamiin...
_
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩