۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاٰلِهٖ وَصَحْبِهٖ وَسَلِّم۞
Malam ini adalah malam 1 rejab, maka dimana dikatakan antara doa yg mustajab untuk berdoa. Rejab adalah bulan Allah dan diriwayat lain bulan istighfar (pengampunan) maka bangunkan malam dan bertaubat kepada Allah swt dengan sebenar-benar taubat.
Bulan rejab juga digalakkan untuk perbanyakan puasa sunat. Disunnatkan untuk berpuasa pada tanggal 1 Rejab kerana ganjarannya seperti beribadah 700 Tahun.
Terdapat juga didalamnya amalan zikir-zikir khusus seperti
سبحان الله الحي القيوم
Zikir ini dibaca sebanyak 100 kali dari 1 Rejab - 10 Rejab
سبحان الله الأَحَدِ الصَّمَد
Zikir ini dibaca sebanyak 100 kali dari 11 Rejab - 20 Rejab
سبحان الله الرَّؤُوف
Zikir ini dibaca sebanyak 100 kali dari 21 Rejab - 30 Rejab
Fadhilatnya akan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga Para sahabat kebanyakannya telah menyediakan diri untuk Ramadan dari awal bulan rejab Diriwayat yg sahih Nabi ﷺ berpuasa disepanjang bulan Rajab kerana memuliaakan dan membesarkan bulan tersebut.
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞