Assallamuallaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.
Salaamun Qaulam Min Rabbir Rahiim.
Asal usul Dua Kalimah Syahadah dan orang pertama yang mengucapkannya.
Tatkala Nabi Adam alaihis salam, melakukan kesalahan kerana memakan buah khuldi atas hasutan Sang Iblis (Azazil), lalu ia menyesal berbuat demikian. Dengan rendah hati, Nabi Adam as pun berdoa ;
"Ya Rabb. aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran (Haq/tawwasul) Muhammad, agar Engkau mengampuni aku".
Lalu Allah berfirman ;
"Wahai Adam, bagaimanakah kamu mengetahui tentang Muhammad itu, sedangkan Aku belum lagi menciptakan-nya (sebagai manusia)..?".
Nabi Adam as menjawab: "Ya Rabb. tatkala Engkau menciptakan aku dengan kekuasaan Mu dan meniupkan roh ciptaan Mu itu ke dalam diri ku ini, maka dengan Qudrah Mu itu, aku mengangkat kepala ku ke atas. Lalu terlihatlah oleh ku pada tiang-tiang Arasy itu tertulis perkataan "Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah", sehingga aku ber-anggapan bahawa Engkau tidak mungkin menggandingkan nama Mu bersama Muhammad kecuali terhadap makhluk yang paling Engkau kasihi".
Lalu Allah Ta'ala berfirman ;
"Benar sekali kata mu wahai Adam. Sesungguhnya, Muhammad itu adalah merupakan makhluk yang paling Aku sayangi. Berdoalah kepada Ku dengan kebenaran (haq) dia, maka sungguh engkau telah Aku ampuni".
(Hadiths riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadaq # 4228 dan beliau menyatakannya sahih. Juga dari Imam al-Baihaqi dalam Kitab Dala'ilun Nubuwwah v/488-489).