Doa Keberkatan Rajab

1 Rajab 1443H (3 Februari 2022, Khamis).
Rajab adalah bulan Haram dalam Islam, kerana bulan ini diharamkan untuk berperang.

Kemuliaan Rwjab juga adalah berlakunya peristiwa malam Israk & Mikraj. Pada malam Israk & Mikraj, Rasulullah ﷺ naik ke langit dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah shalat 5 waktu kepada umat Baginda Rasulullah ﷺ. 

Amalan yg dituntut utk diperbanyakkan pada bulan Rajab:
1. Solat sunnah
2. Membaca Al-Quran
3. Berzikir
4. Beristighfar
5. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
6. Berdoa
7. Sedekah
8. Puasa
(Puasa itu boleh dilakukan di mana2 hari dlm bulan Rajab)
Niat: Nawaitu sauma ghadin fii syahri Rajab sunnatan Lillahi taala.
"Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rajab kerana Allah taala."

Amalan-amalan yg disenaraikan adalah semata-mata diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. 

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Aali Sayyidina Muhammad